Catatan Emmanuel Lubezki dengan Terrence Malick

Emmanuel Lubezki

Aku tak ingat entah bila aku jumpa Terry (Malick). Dia telefon aku – nak bincang tentang idea dia nak filemkan tentang akhir-akhir kehidupan Che Guevara. Kami jumpa dan dia tanya macam mana aku nak shooting filem itu. Orangnya sangat tenang, manis dan rendah diri; tak sibuk bercakap tentang kerjanya. Dia nak tahu samada aku suka atau tak lima-enam muka surat draf yang dia hantar, dan pendekatan apa yang aku akan guna.  Berbual dengannya, aku boleh rasa yang dia sangat teruja tentang penggunaan pencahayaan semulajadi, krew yang kecil dan merakam menggunakan pengimbas genggam.

Aku dari Mexico dan bercakap bahasa Sepanyol; waktu tu, aku ingat yang dia nak cari orang yang boleh bercakap bahasa Sepanyol – dia nak pergi Bolivia dan mahu shooting di lokasi sebenar dimana cerita tersebut berlaku. Jika tak, aku ingat aku tak ada karya yang menarik perhatiannya bila dia cari aku (waktu tu Lubezki terkenal dengan Y tu mama tambien dan Sleepy Hollow). Aku rasa dia tengok hampir keseluruhan kerja yang aku buat meskipun dia tak bercakap tentangnya. Dia cuba untuk berbual benda-benda yang peribadi tentang Mexico dan tempat di mana aku membesar.

Kami berbual tentang hal-hal biasa hampir tiga jam setengah. Dia kata, “Ok, harap dapat jumpa kau lagi. Bye.” Aku pulang sambil memikirkan, “Orang ni tak akan call aku, tapi beruntung dapat jumpa Terrence Malick.” – sebab dia antara pengarah Amerika yang aku suka. Aku gemarkan hasil kerjanya; seseorang yang bercerita dengan teknik perfileman yang murni di mana filem bukan berdasarkan teater, tapi lebih kepada sinematografi.

Esoknya dia call dan kata, “Apa kata kita berkerjasama?” Waktu tu aku rasa cuak gila. Aku fikir aku bukanlah orang yang tepat dan mungkin akan menghancurkan impiannya. Kami semakin rapat, dan mula berkerja dengan Jack Fisk (jurureka penerbitan/production designer yang telah berkerja dengan Malick untuk semua filemnya). Tapi filem itu terbengkalai – aku fikir kerana mereka takut untuk menghantar orang shooting di Bolivia. Keadaan politik dan sosial di tempat yang kami nak shooting tu tak stabil.

Benda itu berlaku setahun setengah sebelum kami shooting The New World (2005). Dia call dan kata, “Aku ada skrip lain yang mungkin boleh lepas”. – (tambahan) yang mana aku mungkin tak teruja langsung. Dia sangat merendah diri sampaikan dia sendiri tak tahu yang semua orang sanggup bekerja untuknya! Aku kata, “Terry, aku tak perlu pun baca skrip tu. Aku akan buat apa yang kau nak. Aku akan shoot tujuh unit kalau kau nak.” Dia hantar aku skrip sepanjang 300 muka surat. Aku fikir ianya menggagumkan. Aku masih lagi cuak untuk memulakan sebuah filem yang menggunakan banyak ekstra dan sebagainya – dan tak ada peralatan pencahayaan – sebab aku tak tahu macam mana dia buat kerja. Mula minggu kedua atau ketiga, aku sedar yang lebih elok kalau tak ada peralatan elektrik – dan aku boleh percayakannya seratus peratus. Dia akan ikut visi anda, tapi kalau ada hal yang dia tak suka atau persoalan, dia akan tanya. (Setiap hari waktu shooting) dia akan datang waktu pagi, kami akan bermesyuarat panjang, dan dia akan baca serpihan-serpihan kertas kecil – nota yang dia letak dekat poket depannya. Dia akan beritahu kami apa yang dia nak hari itu.

Bila aku faham kesemua elemen yang ada dan bukan sekadar skrip yang dia inginkan, kerjasama jadi lebih baik – aku dapat banyak menolongnya. Aku ambil masa dua atau tiga minggu untuk faham benda itu. Aku masih berfikir seperti mana cara aku diajar di sekolah filem pada minggu pertama, di mana kau perlu tunggu pengarah untuk berhentikan sesuatu adegan dan kemudian cuba untuk fikir bagaimana nak shoot. Dengan Terry, ianya lebih kepada mencari material daripada meletakkan ke atasnya.

Dengan The Tree of Life, latar masanya tak berapa penting – ia berlaku pada tahun 1950-an. Rambut dan kostum senang untuk dibuat, tapi ideanya adalah untuk membina satu pekan kecil di Springfield, Texas. Kami tak pernah cuba untuk menggambarkan keadaan pada tahun 50-an dengan cara yang istimewa, apa yang kami cuba buat adalah menangkap sesetengah perasaan dan emosi. Kami tak nak filem itu jadi nostalgia. Aku tak pasti samada kami berjaya atau tidak – setiap kali kau shooting suasana tahun 50-an, ianya akan jadi nostalgik. Kami dah hampir serupa seperti pengarah-pengarah dokumentari, cuba untuk menangkap esensi momen-momen kecil yang Terry perlukan untuk membikin filem.

Ia bukan set tradisional di mana Terry akan block adegan dan kami akan shoot dialog, shoot blocking, sekadar untuk memberi maklumat atau perjalanan plot; ia sama sekali bertentangan. Terry akan block adegan – dan kemudian dia akan hancurkannya dan mencipta kacau-bilau sebanyak mana yang dia boleh. Kami cipta kacau-bilau, dan dalam kegilaan itu, benda yang semulajadi – yang alami – mula terjadi. Itu adalah momen-momen yang kami cuba garap. Samada itu momen kegembiraan atau langkahan pertama seorang anak kecil, itu benda yang kau bukannya boleh buat macam tu saja. Kau hanya boleh mencarinya. Itulah modus operandi shooting filem ini.

Dengan bukan-pelakon yang tak tahu menahu pasal filem, ianya mudah: mereka memang tak tahu apa-apa. Ianya susah untuk kami tapi senang buat mereka. Tiga budak lelaki (yang memeran watak anak-anak Encik O’Brien) sangat pandai berlakon – produksi mencari mereka selama tiga tahun. Jessica (Chastain yang melakonkan watak isteri O’Brien) datang dari teater, tapi tak punya banyak pengalaman berlakon filem; jadi senang untuk melatihnya. Sean Penn (Jack dewasa) pernah berkerja dengan Terry sebelum ini (The Thin Red Line 1998) dan taklah sukar juga untuk beliau.

Brad Pitt (O’Brien) paling susah. Bila dia pertama kali datang set, ianya mengingatkan aku macam mana aku rasa waktu masuk set pertama kali dengan Terry (dalam filem The New World). Kadang-kadang aku akan bersedia untuk shooting dengan 50 orang ekstra dan Terry akan kata, “Eh, lihat, angin sedang bertiup pada pohon tu. Jom pergi sana dan bawa Pocahontas.” Aku kata, “Kita ada 50 orang ekstra!” Dia balas, “Peduli apa!”

(Dalam filem The Tree of Life) Brad cuba nak faham kenapa kami tak shooting macam biasa. Sebagai seorang pelakon, dia ingat setiap first take akan ada yang kedua, ketiga, dan keempat, dan mungkin dia boleh berlakon dengan lebih baik atau buat sesuatu yang berbeza. Dia sedar yang dia perlu berkerja dengan cara yang berbeza – ambil masa juga lah. Aku tak boleh nak cakap bagi pihak dia, tapi aku rasa dia enjoy betul. Kami tak ada tanda – dia boleh pergi hampir ke mana sahaja.

Sebaik saja kau sedar apa metod Terry, dia boleh tukarnya dalam sekelip mata pada esok hari. Kau rasa macam, “Apa benda ni?!” Dia akan jawab, “Aku nak semua dialog masuk. Aku tak pasti samada ia akan berjaya atau tidak, tapi jom kita shoot dan lihat apa yang akan terjadi.” Kami ikut dan mungkin kau akan lihat benda ini dalam filem, atau dengarnya. Dia akan guna momen di mana para pelakon usai berdialog dan berpaling ketika angin sedang bertiup pada pohonan.

Apa yang seronok shooting dengan Terry bila semua orang dalam set akan hiper-sedar. Kami tahu mana-mana momen boleh jadi momen yang penting dan ia akan lenyap dalam sekali pandang. Agar dapat shoot macam itu, kau perlu ada operator dan juru fokus yang hebat. Bila sesuatu berlaku, kau boleh pegang kamera dan tangkapnya terus.

Susah nak dijangka kalau berkerja dengan budak-budak. Semua momen-momen itu – langkah pertama si anak kecil, momen mereka memandang cermin atau naik tangga – sangat sangat susah untuk diambil. Ada satu syot yang setiap kali aku tengok bikin bulu roma aku naik, syot di mana budak kecil itu sedang tidur. Kau boleh tengok refleksnya – tangannya merenggut seketika bila sedang terkantuk lena. Kami tangkap dan ia memang real. Kau akan teringat keluarga kau sendiri bila kau lihat benda itu. Setiap butir-butir kecil itu sangat beremosi dan memacu ingatan-ingatan lampau. Ia seperti bau yang melekat setiap kali kau pergi ke satu tempat, terhidu sesuatu dan mengingatkan kau pada hal-hal lalu. Macam filem inilah.

Dan kemudia ada adegan di mana si ibu terapung. Terry tertanya-tanya macam mana sang anak melihat ibunya – apa yang budak itu rasa tentang ibunya? Aku ada idea untuk beri kamera pada budak-budak itu dan tengok samada boleh tak mereka shoot dari sudut pandangan mereka, memandang ke wajah ibu. Ia tak berjaya sebab budak-budak ini tak pandai guna kamera. Terry nak aku shoot kaki sang ibu yang sedang terapung. Ada orang menyampuk bagitahu, “Apa kata kita bawa dia naik guna kren dan tengok boleh ke tak?” Kami sangat bertuah kerana Jessica pernah jadi penari ballet – dia sangat lemah lembut. Hari dah makin gelap. Terry tak percaya akan syot tu, mungkin sebab ia agak teatrikal atau realis magisme. Kami mula shooting dan kagum dengan apa yang dia buat, masa pada waktu itu, cahaya dan dress yang dipakai – dress itu sangat sempurna – dan rambutnya. Ia satu mukjizat meskipun kami ada merancangnya sikit.

Aku tak tahu nisbah (syot futej dengan futej yang digunakan) tapi aku boleh cakap kami ada syot jutaan filem. Kami shoot sepanjang hari. Kau sampai set jam 8 pagi dan ada mesyuarat dalam satu jam setengah. Kami shoot dengan cahaya alam, tapi kami bersedia untuk itu. Kalau kau tengok filem itu (The Tree of Life), kau rasa keluarga tersebut tinggal dalam satu rumah – tapi mungkin rumah itu terdiri daripada beberapa bahagian dari rumah yang berbeza. Kami ada ruang tamu yang mengadap arah selatan; kami tahu kami boleh gunakannya pada satu-satu masa dalam satu hari itu. Kami ada beberapa kamar yang mengadap arah utara, dan selanjutnya. Kalau hari nak hujan, kami tak akan berhenti shooting. Terutamanya dalam filem The Tree of Life tapi juga termasuk filem baru yang sedang aku kerjakan dengan Terry, kami tak berhenti – dan kami tak pernah bercakap tentang kesinambungan.

Kami shoot The Tree of Life empat tahun lepas. Sejak itu kami shoot filem lain – ia makin abstrak. Tak ada tajuk – kami panggilnya ‘Project D’. Kalau The New World lebih kepada filem naratif dan The Tree of Life filem yang kurang naratif, filem ini lagi kurang naratif. Satu benda yang menakjubkan untuk aku dapat tengok Terry berkembang macam ini.

 ******

Catatan ini adalah perbualan Emmanuel Lubezki dengan Geoffrey Macnab.

Diterjemahkan dari Sight & Sound Vol 21 Isu 7 (July 2011)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s