Borgman (2013)

Skrin yang gelap dimulakan dengan sebuah kutipan ayat suci Bible, “And they descended upon the earth to strengthen their ranks.” Bagi sesiapa yang membaca Bible, tentu sedikit sebanyak ada kefahaman dan pengetahuan tentang konteks ayat berikut. Terutamanya siapakah “mereka” yang dimaksudkan dan apakah “tujuan” mereka diturunkan ke muka Bumi?

Filem ini merupakan arahan Alex van Warmerdam yang dicalonkan untuk anugerah tertinggi Palme d’Or pada Festival Filem Cannes 2013 serta menjadi calon untuk Filem Asing Terbaik pada Oscar yang ke-86 mewakili negara Belanda.

Tapi, apakah naratif filem ini? Siapakah Borgman di dalam tajuk tersebut?

Sebaik sahaja kutipan ayat suci tersebut, adegan anjing menyalak memenuhi bingkai filem. Bagi saya, salakan anjing memberi petanda untuk saya membuka langkah seribu. Namun bagi kebanyakan Muslim di seluruh dunia, ini memberi simbol kepada sesuatu yang buruk akan/sedang berlaku. Adakah ini suatu tanda yang universal? Seterusnya kita dapati sekumpulan orang sedang bersiap dengan pakaian berburu selain dilengkapi dengan tombak, pistol dan seorang paderi yang lengkap dengan sepucuk senapang. Tapi sebelum itu, ada satu adegan yang memaparkan sang paderi ini sedang berdoa di gereja sambil membacakan ayat-ayat suci.

Rupa-rupanya mereka ini sedang memburu seorang lelaki (yang kemudiannya kita tahu namanya sebagai Camiel Borgman) dan teman-temannya yang lain yang membuat penempatan di bawah tanah. Camiel lekas melarikan diri sambil sempat memberi amaran serta pesan kepada teman-temannya yang lain; dua lelaki dan dua perempuan untuk berbuat hal yang sama. Dalam 10 minit pertama ini, cukup untuk membuat para penonton tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku dan ini hanyalah sedikit persoalan di awal filem bermula yang kemudiannya kita akan duduk berteleku, termenung untuk memikirkan apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh pengarah. Atau paling kurang pun, dapat faham cerita ini pun cukuplah.

Di sinilah segala konflik bermula dengan penuh intens. Camiel dapat melepaskan diri dan meminta izin untuk menumpang mandi di sebuah rumah mewah milik sepasang suami isteri yang kaya. Sang suami, Richard tidak mengizinkan namun Camiel mendakwa yang dia mengenal isterinya sewaktu isterinya menjadi jururawat dan merawatnya di sebuah hospital. namun isterinya menafikan. Bagi Camiel, isteri Richard bernama Maria tapi faktanya adalah Marina. Camiel dibelasah teruk dan mengundang simpati Marina sehinggakan Marina mengizinkan Camiel menumpang mandi dan bermalam buat beberapa ketika tanpa pengetahuan Richard.

Seterusnya, segala-galanya menjadi aneh. Emosi Marina semakin tidak terkawal, dan Camiel seolah-olah menjadi tok dalang kepada boneka-boneka yang ada di dalam rumah tersebut; Richard dan Marina serta tiga orang anak mereka dan seorang orang gaji. Rumah tangga menjadi kucar-kacir dan segala keganasan menjadi seolah-olah satu norma.

Ada ulasan yang mengatakan filem ini adalah hibrid kepada Dogtooth dan Haneke.¬†Menyamakannya bererti mengabaikan nilai-nilai ambiguiti dalam filem ini. Pada permukaan luarnya, mungkin nampak yang filem ini seperti tipikal home invasion ala-ala The Purge, You’re Next atau juga boleh jadi kritik pengarah kepada golongan kelas atasan atau orang kaya Barat, tapi gelapnya pergi jauh lebih dari itu. Kedatangan Borgman menghancurkan segala-galanya dalam keluarga tersebut. A pure evil.

Ada banyak soalan yang tak dijawab dan memang dibiarkan untuk para penonton mena’kulnya. Kenapa Camiel dan kawan-kawannya diburu? Kenapa mereka tinggal di bawah tanah? Apakah mereka manusia atau syaitan? Adakah anjing itu jelmaan mereka? Benarkah Camiel boleh menghadirkan mimpi buruk kepada sesiapa yang dikehendaki? Kenapa Richard dapat tanda pangkah di belakang? Apa guna surgery tu? Kenapa Camiel dan rakan-rakannya membunuh? Apakah simbol parut yang ada di belakang badan Camiel dan rakannya itu adalah parut kesan pembedahan yang pernah dilakukan orang lain?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s