Interstellar (2014)

1. Plotnya mengujakan saya dan bermain dengan emosi (kalau nak dibandingkan dengan Memento).

2. Cooper lambat menjadi tua kerana masa yang dialami oleh tubuh Cooper relatif perlahan berbanding masa yang dialami oleh anaknya dan penduduk di Bumi. Saya faham yang Cooper mengembara jauh dari masa normal Bumi bila dia semakin jauh dari Bumi. Tapi kenapa dia tak nampak tua langsung?

3. Dalam blackhole atau Gargantua, semua zarah termasuk cahaya ditarik ke pusatnya kesan daripada graviti yang kuat. So, dalam blackhole/Gargantua, ada ke tidak konsep masa? Dalam Interstellar, ianya ada tapi berubah sifat masa dari abstrak ke fizikal. Ke saya salah?

4. Saya rasa masa bergerak sebab ada perubahan kualiti dan kuantiti. Dimensi masa tetap wujud samada sedar atau tidak.

5. Masa wujud secara inheren dalam alam semesta. Tapi seperti soalan ayam-atau-telur-mana-datang-dulu, masa dengan ruang, mana wujud dahulu? Boleh ke masa dan ruang wujud selaku entiti yang terpisah, ataupun keduanya complementary ataupun keduanya adalah over-determination (memakai istilah Althusser)?

6. Masa, t = 0 ketika alam bermula. Saya sendiri tak pasti samada nilai 0 dalam t = 0 dalam perbahasan matematik atau teoretikal fizik membawa makna dimensi masa tak wujud, atau tak bergerak (statik).

7. Cooper lambat tua sebab masanya bergerak perlahan bukan? So, kalau manusia dapat cari t = 0, adakah manusia immortal?

8. Ketika Cooper sebagai ‘hantu’ ternampak Cooper yang lain, saya tertanya-tanya di mana letaknya titik kesedaran selaku seorang Cooper? Sebab kedua-duanya adalah individu yang sama, bukan? Atau soalan yang lebih tepat, apakah yang constitute sebuah kesedaran?

9. Masih tak faham dengan apakah yang dimaksudkan dengan lima dimensi. Adakah dimensi ruang dan masa itu dari sekadar konsep abstrak menjadi konsep fizikal (yang boleh disentuh, dipegang, diukur)?

10. Penggunaan jam oleh Cooper dan Murphy menunjukkan masa objektif, sedangkan yang dialami mereka adalah masa subjektif. Masa subjektif adalah masa yang dihayati oleh tubuh kita. Dalam hal ini masa subjektif itu sendiri terkait rapat dengan sudut pengalaman manusia.

11. Tak rasa filem ini menolak spiritualiti, iman atau Tuhan pun sebab biarpun dalam hukum sebab-akibat (kausaliti) filem ini diterangkan yang Cooper dan manusia-manusia lain menyelamatkan spesis manusia itu dari pupus dengan usaha/pengetahuan/rasional diri mereka sendiri tanpa berlu bergantung kepada zat yang bersifat transedental, tapi kan Cooper percaya yang cinta atas anaknya si Murphy itu lah yang memberi dia idea tentang semua benda ini seperti mana cinta Amelia Brand pada Dr Edmund.

12. Cinta ini sifatnya kan absolut. Seperti juga Tuhan. Sebab itu jugalah Tuhan ciptakan manusia. Sebab cinta. Selain itu, tak ada sebab lain pun (yang saya boleh fikirkan). Samada Tuhan ciptakan manusia atau tidak, kuasa-Nya tak berkurang pun.

13. Puisi Dylan Thomas yang sedap dialun dalam cerita dan membantu memberi gambaran kepada naratifnya.

Do not go gentle into that good night,
Old age should burn and rave at close of day;
Rage, rage against the dying of the light.
Though wise men at their end know dark is right,
Because their words had forked no lightning they
Do not go gentle into that good night.
Good men, the last wave by, crying how bright
Their frail deeds might have danced in a green bay,
Rage, rage against the dying of the light.
Wild men who caught and sang the sun in flight,
And learn, too late, they grieved it on its way,
Do not go gentle into that good night.
Grave men, near death, who see with blinding sight
Blind eyes could blaze like meteors and be gay,
Rage, rage against the dying of the light.
And you, my father, there on the sad height,
Curse, bless, me now with your fierce tears, I pray.
Do not go gentle into that good night.
Rage, rage against the dying of the light.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s