Waiting – Ha Jin

Ini novel pertama Ha Jin yang saya baca. Sebelum ini saya pernah menterjemahkan satu cerpen Ha Jin yang bertajuk Saboteur dan dikompilasikan di dalam koleksi cerpennya yang bertajuk The Bridegroom.

Saya sebenarnya sangat sukar untuk menggemari hasil karya yang ditulis oleh penulis yang dilahir di Tanah A, tapi kemudiannya menetap dan membina kerjaya penulisannya di Tanah B. Salah seorang penulis yang saya pernah baca sebelum ini adalah Arundhati Roy dengan novelnya The God of Small Things. Mungkin kerana saya merasakan apabila penulis ini menulis cerita yang berlatarbelakangkan tanah kelahiran mereka, ianya cenderung di-orientaliskan. Disalutkan dengan pandangan hidup Barat. Setidak-tidaknya itu yang merasakan apabila saya memulakan The God of Small Things. Apatah lagi latarnya yang kontemporari.

Ha Jin ini lahir di Liaoning, Cina. Dan dia membesar ketika maraknya api Revolusi Kebudayaan. Satu tematik yang kita dapat kesan di dalam cerpen/novel-nya. Dan itulah yang membezakan penulis-penulis yang lahir di Tanah A, tapi membesar di tanah B. Ha Jin menulis naratif yang tabirnya adalah Revolusi Kebudayaan Cina. Yang Pengerusi Mao menjadi Dewata tanah besar itu.

Waiting seperti mana tajuknya adalah tentang sebuah penantian. Penantian tiga orang watak di dalam novel ini. Lin Kong, seorang doktor tentera menunggu selama 18 tahun untuk menceraikan isterinya, Shuyu untuk berkahwin dengan kekasihnya, Manna Wu yang merupakan seorang jururawat di hospital mereka berkerja.

Dalam Waiting, Ha Jin meromantiskan sebuah penantian. Perlahan-perlahan kita diajak untuk memahami kemelut jiwa Lin Kong yang perlu memikirkan kerjayanya, dan kekasih serta isterinya. Dalam erti kata yang lain, Lin Kong terjebak dalam konflik antara yang ruang awam dan ruang sendiri. Kita sendiri sudah maklum, dalam sebuah totalitarian, tiada garis pemisah di antara kedua-dua ruang tersebut. Semuanya dijajah dalam kuasa sebuah Negara, satu pemerintahan yang kuasanya menjalar masak ke dalam setiap inci tubuh warganya.

Dan itulah apa yang dirasakan Lin Kong. Dia berada dalam dilema. Selama 18 tahun dia diseksa, dan kemudiannya menyebabkan karakter-karakter yang lain terheret sama dalam satu keinginan peribadi Lin Kong (baca: Ha Jin cuba watak Lin Kong sebagai lambang hak kebebasan manusia, demokrasi liberal yang dianuti kebanyakan daripada kita hari ini).

Menariknya, Ha Jin membawa kita meneroka konflik dalaman Lin Kong dan Manna Wu. Tapi tidak Shuyu. Pembaca cuma tahu dunia luaran Shuyu, tentang fizikalnya, tapi tidak apa yang bermain di fikirasa-nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s