Love Is Colder Than Death (1969)

1. Filem ini merupakan feature debut dari pengarah Rainer Werner Fassbinder, salah seorang pembikin filem terhebat dunia dan pencetus New German Cinema.

2. Mengisahkan konflik cinta tiga segi di antara seorang bapa ayam, Franz (lakonan Fassbinder) dengan kekasih pelacurnya Joanna (Hanna Schygulla) dan kawan gangster Franz iaitu Bruno (Ulli Lommel – juga turut menjadi pengarah seni untuk filem ini bersama Fassbinder). Mereka bertiga mulanya berkawan, melakukan jenayah kecil-kecilan sebelum 3rd act-nya ditamatkan dengan cara yang tidak disangka.

3. Minta maaf tak dapat tulis resensi panjang sebab tak berapa nak faham sangat. Mungkin faham sebab ceritanya mudah sahaja tapi belum berjaya menikmati perjalanan naratif filem beliau.

4. Plotnya sederhana, minimalis dengan beberapa kekerapan static shot, terutamanya sewaktu menangkap ekspresi muka beberapa wataknya. Ada jeda yang agak lama. Sesekali dibiarkan lakonan berjalan tanpa ada sebarang dialog yang dituturkan sekaligus memberi peluang kepada kita menafsir apa yang ingin disampaikan oleh Fassbinder melalui riak muka para pelakonnya.

5. Persahabatan tiga orang ini mengingatkan saya kepada filem The Dreamers Bertolucci sekaligus rujukan kepada A Bout de Souffle dan Band of Outsiders kepunyaan sang auteur French New Wave, Godard. Terutamanya adegan ketiga-tiga mereka berjalan beriringan sambil dibantu tracking shot panjang selepas Bruno membantu Franz menembak musuh Franz. Di dalam adegan tersebut, Franz bergurau dengan Johanna dengan cara menyepak tumit kakinya agar tersadung. Ianya cute.

6. Sountracknya mengingatkan saya pada muzik muzik pengenalan permainan-permainan konsol seperti Snes, Nintendo Cube dan Gameboy. Game Pokemon misalnya. Haha.

7. Ada adegan di mana Franz mahu mencari cermin mata polis seperti polis yang mencari Janet dalam filem Psycho.

8. Secara peribadi, ianya menarik untuk saya melihat bagaimana seseorang yang berorientasikan homoseksual dalam perilaku seksnya (Fassbinder adalah seorang homoseksual) melakonkan watak seorang yang orientasi seksualnya adalah heterokseksual seperti mana kes Barney Stinson di dalam siri komedi How I Met Your Mother.

9. Akan tengok banyak lagi filem-filem Fassbinder.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s