Karl Ove Knausgaard (2)

 

Apa yang membuatkan kau ‘berahi’ untuk menulis?

Karl Ove Knausgaard : Untuk menjadi seorang Manusia, tidak terfikirkan aku untuk tidak menulis. Menulis merupakan satu-satunya tempat untuk aku tenang dan harmoni sepenuhnya. Dalam pada masa yang sama, apabila menulis, aku tidak menampilkan diri aku, aku menjadi orang yang lain.

Novel kau, siri My Struggle tiba-tiba kecoh dan mendapat perhatian luas. Zadie Smith, penulis dari UK, boleh naik gila (sampai tertanggal tudung) apabila baca novel kau. Apa perasaan kau?

Karl Ove Knausgaard : Susah untuk aku nyatakan perasaan aku. Aku tidak anggap pun apa yang aku tulis seperti mana orang lain menanggapinya. Apa yang orang lain cakap tentang novel aku dan apa yang aku fikir tentang novel aku sebenarnya perkara yang berbeza. Apabila aku menghadiri sesebuah festival sastera dan melakukan wawancara, itu merupakan dunia aku yang lain. Dunia aku yang sebenar ialah buku-buku aku, dan keluarga aku.

Tapi mesti seronok kan bahawa kau boleh duduk selesa dengan dua realiti…

Karl Ove Knausgaard : Aku rasa itu merupakan impian seorang individu. Dan situasi tersebut tidak menganggu pun penulisan aku. Tetapi aku ada masalah dengan penulisan aku yang sebelumnya. Aku tidak ada rasa keyakinan diri dan berani dalam penulisan aku, jadi keadaan yang macam itu akan terus statik dan tidak akan mengubah penulisan aku yang sebenar. Tapi aku rasa itu bagus. Menulis adalah keberanian untuk mengambil risiko dan berada dalam keadaan yang tidak pasti, jadi aku akan terus berada dalam ketidakpastian tersebut.

Judul novel kau, My Struggle menimbulkan kontroversi. Kau pernah baca Mein Kampf?

Karl Ove Knausgaard : Ya, buku itu sangat menarik, tapi ia tetaplah buku yang bosan yang ditulis oleh seorang yang pemarah. Buku tersebut menarik kerana memerihalkan apa yang berlaku. Tapi apa yang ada di dalamnya  kelihatan tidak ada gunanya. Pelik dan suatu perkara yang tidak boleh difahami ialah kebencian terhadap Yahudi. Jadi buku tersebut sangat menekan. Selain itu, cara dia bercerita mengenai kehidupannya dan cerita ayah serta ibunya nampaknya macam tidak benar. Aku lebih tertarik dengan kewujudan diri dalam penulisan, dan itulah pun yang aku sedang buat.

Buku apa yang terletak di atas meja sebelah katil kau yang kau baca sebelum tidur?

Karl Ove Knausgaard : Sejak beberapa bulan ini, aku membaca surat-surat Flaubert. Dan juga On the Soul tulisan Aristotle sebab aku hendak menulis tentang buku tersebut. Tapi aku tidak selalu membaca sangat sekarang ini. Aku lebih banyak bekerja (menulis).

Apa novel kegemaran kau yang bercerita mengenai keseorangan, dan apabila membacanya mungkin menyebabkan kau seperti berada di sebuah pulau yang kosong tiada berpenghuni?

Karl Ove Knausgaard : Ada satu novel yang aku belum baca yang aku fikir akan menghuni ruang kepalaku 20 tahun lagi. Aku fikir kau akan boleh belajar ‘permainan bahasa’ daripadanya, iaitu Finnegans Wake.

Novel apa yang kau rasa sebenarnya tidaklah bagus sangat, tetapi orang lain mengatakan sebaliknya?

Karl Ove Knausgaard : Kebetulan aku membaca semula Hemingway dan aku rasa dia seorang penulis yang orang lain kata tidaklah bagus sangat, tetapi aku rasa dia lebih bagus berbanding apa yang aku fikirkan mengenai dia sebelum ini. Mengenai novel yang orang lain cakap bagus, tapi tidaklah bagus sangat sebenarnya, itu aku tidak tahu.

Kau mendengar muzik apabila menulis?

Karl Ove Knausgaard : Aku dengar banyak muzik apabila aku muda-muda dahulu. Aku dengar War on Drugs Bob Dylan. Aku juga suka Midlake. Muzik-muzik seperti itu menggamit aku.

Muzik apa yang kau rasa kau akan pasang pada hari pengebumian kau?

Karl Ove Knausgaard : Lagu ketuhanan Norway, iaitu Deilig Ergorden yang bermaksud bumi ini sebenarnya sangat indah.

Hubungan dengan ayah kau nampaknya sangat ditonjolkan dalam novel kau. Sekarang kau ada empat orang anak. Ha sekarang bagaimana pula perasaan kau sebagai seorang bapa?

Karl Ove Knausgaard : Aku suka apa. Cuma mula-mula itu aku rasa macam susah sikit. Macam satu kejutan apabila kau mempunyai anak. Aku cuma mahu mereka tidak takut pada aku dan hanya itu yang aku mahu, tapi aku fikir mereka tidak akan jadi macam itu, mereka akan tetap takut pada aku.

Kau rasa yakin dengan keadaan dunia yang mereka akan berhadapan sekarang ini?

Karl Ove Knausgaard : Aku yakin. Ada penulis German cakap bahawa setiap generasi ada kunci zaman mereka masing-masing. Aku rasa betul. Rasa sangat menyeronokkan apabila menghumban mereka ke masa hadapan, dan terpulanglah pada mereka hendak buat macam mana nanti.

Apa memori terindah kau?

Karl Ove Knausgaard : Apabila aku dapat anak pertama. Dan kalau kau perasan ada satu keadaan dalam novel kedua aku yang mana aku rasa seronok tidak terhingga, yang mana masa itu aku fikirkan bahawa segalanya mungkin. Itu merupakan memori terindah aku yang kedua.

******

Diterjemah daripada The Independent.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s