Bedevilled (2010)

heropage-980x560_25

1. Pada tahun 1973, Laura Mulvey -seorang teoretikus filem menulis eseinya yang berpengaruh pada waktu itu yang bertajuk Visual Pleasure and Narrative Cinema dan diterbitkan oleh jurnal Screen di Britain pada tahun 1975. Dalam konteks penulisan esei tersebut, Mulvey mengkritik keras kebanyakan filem-filem klasik Hollywood pada waktu itu yang menggunakan imej wanita sebagai objek seksual hero dan para penonton lelaki. Bagi Mulvey, wanita di dalam teks filem hanya hadir sebagai tatapan/renungan sang lelaki tanpa punya peranan aktif dalam menggerakkan naratif. Daripada esei inilah, kebanyakan pemerhati dan para pengkarya mulai memberikan perhatian yang lebih besar terhadap pemaparan imej wanita di dalam filem.

2. Bedevilled (2010) sebuah filem thriller pertama arahan Jang Cheol-soo ini menarik dalam memotretkan golongan wanita yang ditindas baik secara langsung mahupun tidak. Naskhah ini dilihat sebagai sebuah naskhah feminis meskipun rasanya berbaur. Pesimis pada kebanyakan waktu. Seolah-olah tidak ada harapan buat manusia yang ingin bebas. Yang ingin menghirup cahaya dari gelita.

3. Best sebab dalam sebuah masyarakat mikro sebegini, ada banyak isu yang dieksplorasi oleh pengarah terutamanya hal yang melibatkan wanita lah – gender role, penindasan, sumbang mahram, rogol, etc.

4. Dua wanita berkerjaya yang berkawan sewaktu kecil sama-sama terperangkap di dalam sistem yang tidak memberikan ruang untuk mereka bernafas. Kedua-duanya dikongkong. Hidup mereka dibatasi. Hae-Won (lakonan Ji Sung-won), pekerja bank di bandar Seoul terlihat sebagai seorang yang mementingkan diri, tidak peduli kepada kesengsaraan yang berlaku di sekeliling yang ditandakan dengan baik pada adegan awal filem tersebut. Karakteristik Hae-Won ini kontra sekali dengan Bok-Nam (lakonan Seo Young-hee), seorang seorang suri rumah, ibu dan isteri yang naif dan memikul beban menjaga anak perempuannya meskipun selalu dibuli (mental dan fizikal), dirogol oleh adik suaminya (dan lelaki lain sepanjang dia membesar di pulau tersebut) kumpulan wanita tua yang menjadi tanda kepada sistem patriaki yang sekian lama berlangsung di kepulauan kecil tersebut.

5. Kedua-dua wanita ini adalah mangsa. Hae-Won, simptom kepada moderniti-kapitalisme di kehidupan urban, sementara Bok-Nam mangsa kepada sistem patriaki konservatif di masyarakat luar bandar.

6. Moderniti menjadikan jurang antara individu dan kolektif makin melebar sementara kapitalisme buatkan kita berkerja untuk mendapatkan wang semata-mata – ilusi paling besar dalam masyarakat moden. Duit jadi sebab untuk kerja, bukan kesan.

7. Kerja bukan lagi ekspresi kendiri, tapi patologi moden.

8. Kapitalisme membenihkan patriaki. Dan patriaki membuatkan wanita perlu bergantung harap semata-mata kepada lelaki. Wanita, sebagai second sex perlu bergantung kepada imej lelaki untuk menyatakan keberadaannya. Wujud wanita bererti wujud pada kehadiran sang lelaki.

9. Menyampah dengan kumpulan nenek tua di dalam filem ini di mana mereka tidak pernah membela Bok-Nam sebaliknya mengekalkan status quo patriaki di Mudo (selain dari pakcik tua yang asyik makan, tidur dan tak buat apa-apa kerja, lelaki-lelain di Mudo semuanya tak guna). Mungkin sebab sudah terbiasa secara tidak sedar sekaligus menyumbang kepada pengekalan penindasan oleh lelaki-lelaki ini (Stockholm Syndrome?)

10. Adegan ketika penggunaan low angle pada watak Bok-Nam sewaktu cahaya matahari menyuluh tubuhnya namun kemudian malap kembali membentuk silhuet bayang-bayang memberikan petanda apa yang akan berlaku seterusnya.

11. Adegan-adegan berdarahnya buat saya rasa puas, meskipun sayang sekali nenek tua tersebut tak sempat nak dicantas (spoiler ke ni?).

12. Sebuah filem feminis yang berbaur pesimis. Akhirnya, seperti yang dikutip dari filsuf Yunani oleh Soe Hok Gie di dalam bukunya Catatan Seorang Demonstran, “…nasib terbaik adalah tidak dilahirkan, yang kedua dilahirkan tapi mati muda, dan tersial adalah umur tua.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s