Behemoth (2015)

4a73a8f663998164fac11481b9e72bae

Behemoth di sini bukanlah satu raksasa mitos seperti mana yang digambarkan di dalam kitab suci Injil itu. Dan juga bukan kugiran black metal yang terkenal dari Poland itu. Tapi sebuah filem dokumentari alam sekitar dari Zhao Liang yang bertanding sempena Festival Filem Antarabangsa Venice yang ke-72.

Dokumentari tanpa dialog selama 95 minit ini membawa kita mengikuti kembara seorang pelombong arang batu dari awal proses – pecah tanah, letupan, lombong bawah tanah, dan akhirnya sebuah bandar hantu (ghost city) yang tersergam dengan bangunan-bangunan perumahan tinggi namun ironinya sifar penghuni.

Dengan penggunaan bait-bait puisi Divine Comedy dari penyair Itali Dante ini sebagai alusi kepada neraka, purgatory, dan syurga; maka digambarkan oleh Zhao Liang akan proses pembangunan yang berlaku di tanah Inner Mongolia dan Shaanxi.

Okay, dah selesai ayat skema.

Sebenarnya, pengarah nak bawa kita melihat bagaimana atas nama pembangunan – sebab itu digunakan tajuk Behemoth sebagai metafora untuk menunjukkan bencana yang terjadi dan efeknya kepada penggali lombong arang batu yang kemudiannya menghidap penyakit pneumoconiosis (jantung hitam akibat pendedahan yang berpanjangan kepada persekitaran lombong arang batu), pekerja migran yang berkerja di sana serta alam sekeliling.

Ada sesetengah dokumentari yang membuka ruang-ruang kepada penontonnya untuk menyimpulkan interpretasi mereka sendiri, dan untuk dokumentari ini, pengarahnya jelas mengambil sikap dengan membawa nuansa kritikan politik dan ekonomi terhadap falsafah pembangunan yang dianuti China.

Walaupun mungkin pada kebanyakan masa, penonton akan rasa bosan dengan teknik penggayaan dokumentari ini yang agak lari dengan kebanyakan dokumentari semasa, namun kalau diteliti imej-imej yang disuntingnya menarik untuk dibahas dan dibincangkan. Misalnya, ada distortion pada sesetengah imej seolah-olah wujud dalam keadaan yang terisolasi dengan imej-imej yang lain.

Entahlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s