Bosan Dengan Cerpen Masa Kini, Roberto Bolano – Penulis Yang Dah Mati Ini Memberikan Tips Beliau Menulis Cerpen

bolaño.jpg

Oleh kerana umur aku dah empat puluh empat tahun, aku nak bagi sedikit nasihat tentang seni nak menulis cerpen ini.

1. Jangan menulis hanya satu cerpen dalam satu-satu masa. Kalau tidak, jujurnya orang tersebut akan menulis cerpen yang sama sahaja sehingga dia mati.

2. Lebih baik untuk tulis tiga atau lima buah cerpen serentak. Kalau ada lebihan tenaga, tulislah sembilan atau lima belas buah sekaligus.

3. Tapi berhati-hati:- godaan untuk menulis dua buah cerpen serentak adalah berbahaya seperti mana cubaan untuk menulis sebuah cerpen dalam satu masa, dan tambahan pula, ia secara dasarnya seperti keterkaitan di antara cerminan kekasih, yang mencipta imej berganda dua dan melahirkan melakonli. 

4. Kena baca Horacio Quiroga, Felisberto Hernández, dan Jorge Luis Borges. Juga Juan Rulfo dan Augusto Monterroso. Mana-mana penulis cerpen yang menghargai karya penulis-penulis ini tidak akan sentuh Camilo José Cela atau Francisco Umbral tetapi membaca Julio Cortázar dan Adolfo Bioy Casares, namun tidak sesekali Cela ataupun Umbral.

5. Aku ulang benda ini lagi sekali sekiranya ia tak jelas. Elakkan diri dari membaca Cela dan Umbral, langsung.

6. Penulis cerpen kena berani. Satu fakta yang menyedihkan, tapi begitulah.

7. Selalunya, penulis-penulis cerpen bercakap besar kerana telah membaca Petrus Borel (Joseph-Pierre Borel). Realitinya, ramai penulis cerpen terkenal kerana meniru gaya penulisan Borel. Ia satu kesilapan besar! Sebaliknya, mereka harus meniru cara Borel berpakaian. Namun sebenarnya mereka hanya tahu sedikit sahaja mengenai beliau – atau Théophile Gautier atau Gérard de Nerval!

8. Elok kita bersetuju sahaja: baca Petrus Borel, pakai macam Petrus Borel, tetapi baca juga Jules Renard dan Marcel Schwob. Yang paling penting, baca Schwob, kemudian Alfonso Reyes dan seterusnya Borges.

9. Hakikat sebenarnya adalah dengan Edgar Allan Poe, kita semua sudahpun mempunyai bahan bacaan yang mencukupi untuk ditelaah.

10. Tengok balik poin nombor 9. Fikir dan renungkan kembali. Fikirkan tentang poin nombor 9. Kalau boleh, lalukannya sambil membengkokkan lutut.

11. Seseorang itu juga harus membaca beberapa buah buku dan penulis yang amat disyorkan – seperti, Peri hypsous (On The Sublime, 1554), oleh Pseudo-Longinus yang terkenal itu, soneta Philip Sidney  yang gagah berani namun bernasib malang, yang mana biografinya dikarang oleh Lord Brooke, The Spoon River Anthology (1916), oleh Edgar Lee Masters; Suicidios ejemplares (1991; Exemplary suicides), oleh Enrique Vila-Matas; dan Mientras ellas duermen (1990; While the women sleep), oleh Javier Marías.

12. Baca buku-buku ini dan juga baca Anton Chekhov dan Raymond Carver; kerana salah seorang dari mereka merupakan penulis terbaik abad kedua puluh ini.

Diterjemahkan dari buku beliau, Between Parentheses: Essays, Articles and Speeches, 1998-2003 terbitan Picador. Disunting oleh Ignacio Echevarría. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s