Blue Jay (2016)

blue_jay

Jim (Mark Duplass) terjumpa bekas kekasih lamanya, Amanda (Sarah Paulson) di sebuah pasaraya. Mereka bertegur sapa. Khabar bertukar ganti.

Di dalam sela masa lebih kurang 24 jam, mereka duduk bercerita kisah masing-masing.

Mereka berjenaka, mengenang, sesekali menarik nafas lega setelah sekian lama tidak bertemu, dan bertepuk-tampar.

Sedikit demi sedikit, kisah silam mereka disingkap.
Dan mereka kemudiannya mengenang lagi.

1. Filem hitam putih ini hanya diperankan oleh dua orang watak utama, Jim lakonan Mark Duplass dan Amanda lakonan Sarah Paulson. Ini kisah mereka berdua. Tentang hubungan yang tak kesampaian, tentang cinta yang terputus di pertengahan jalan.

2. Saya suka landskap filem ini. Beberapa syot di awal filem bukan sahaja memberikan petunjuk kepada karakteristik/sifat watak utama, tapi ia juga memberikan klu yang signifikan dalam menggerakkan naratif di pertengahan cerita nanti – bingkai foto di atas meja dan dinding, kamera klasik, set televisyen.

3. Antara contoh filem yang paling dekat dengan gaya filem ini mungkin trilogi filem Before oleh Richard Linklater. Cuma kalau trilogi tersebut memang sarat dengan dialog menarik, di dalam filem ini pula, pada saya lakon layar oleh Mark Duplass ni sangat menekankan bahasa badan dua watak utamanya.

4. Gerak tubuh Jim dan Amanda mempunyai nuansa dan dimensinya yang tersendiri. Perubahan dari rasa pelik akibat lama tak berjumpa-selesa-pelik kembali nampak jelas. Ia beri nilai tambah dan buatkan filem ini relatable pada manusia kebanyakan mungkin.

5. Ruang digunakan sebaik mungkin dalam memberi gambaran tentang apa yang sudah dan sedang berlaku di dalam filem ini. Hallway, ruang tamu, bilik tidur, beranda di luar rumah.

6. Berbeza dengan filem-filem drama romansa yang lain juga, konflik cerita tak berlaku di fasa penontonan yang biasa kita jangkakan. Dan itu samada boleh membantu kita mengapresiasi filem ini dengan lebih enak atau pun mungkin buat kita rasa turn off. Ia bergerak secara tiba-tiba, dengan emosi yang meletus mendadak.

7. Watak lelaki tak dicirikan dengan stereotaip-stereotaip maskulin seperti kebanyakan filem yang lain. Dan ini bagus.

8. Saya suka dan terhibur menonton. Pengalaman sinema semacam ini memberikan kita momen-momen yang sementara tapi bermakna. Seperti berbual dengan orang yang kita tidak kenali sementara menunggu untuk ke destinasi seterusnya.

9. Boleh tonton di Netflix.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s