Logan (2017)

cuaiczwueaaid_w-jpg-large

Berlatatar belakangkan tahun 2029, dunia masa hadapan di mana generasi baru mutan sudah tak lagi wujud dan generasi lama pula kian pupus satu-persatu. Geng-geng X-Men yang terdahulu pula sudah jadi bahan artifak bersejarah, jadi mitos yang hanya diabadikan di dalam komik.

Logan, yang kini berkerja sebagai pemandu limosin sedang mengumpulkan duit untuk melarikan diri bersama-sama Prof. X yang sedang disembunyikannya di pekan El Paso (sempadan US-Mexico) kerana dikehendaki oleh kerajaan US kerana didakwa mereka bahawa Prof. X yang berusia, kurang stabil dan acap kali tak mampu mengawal kuasanya kini adalah senjata pemusnah berbahaya dan tentunya mengancam keselamatan awam. Segalanya berubah apabila Logan diminta membawa lari seorang budak perempuan, Laura (X-23) yang diketahuinya nanti berkongsi genetik yang sama dengannya.

Berbeza dengan penampilan Logan di dalam francais X-Men dan dua filem Wolverine yang terdahulu, Logan di sini dah tak secergas dahulu – dimensi karekter Logan yang berbeza ini diberikan eksposisi yang berkesan di beberapa minit awal permulaan filem. Dengan jambang yang tak disisir rapi, pemabuk, bahkan dilihat cukup termengah-mengah hanya untuk mengalahkan sekumpulan kecil manusia biasa. Kuasa pemulihannya sudah tak ampuh lagi. Adamantium yang jadi sumber kuasanya kini menjadi toksik di dalam tubuh, gunting di dalam lipatan.

Pendek kata, Logan dah tak power macam dulu.

Dan hal inilah sedikit sebanyak diberi fokus oleh pengarah, James Mangold. Logan bukan lagi manusia mortal. Dia akan berusia, juga akan mati. Konflik dalaman Logan ini sememangnya memberi warna kepada perwatakan Logan. Dia kena berhadapan dengan fakta bahawa dia dah nak mati. Dan keluarganya di dalam X-Men dah tak ada. Yang tinggal hanyalah Prof. X (dan well, lagi satu mutan iaitu Sunseeker). Benda-benda ginilah buat Logan rasa malas nak ada komitmen, tanggungjawab dan beban emosi pada makhluk yang lain.

Hubungan Logan dengan Prof. X (father figure kepadanya) dan hubungan Logan dengan X-23 (yang mana Logan menjadi reluctant father figure) juga diberi tumpuan. Dapat lah kita tengok Prof. X berbalas carutan dengan Logan. Dan ia kelakar.

Dengan nuansa dan landskap distopia Western, filem ini memang lari sedikit sebanyak dari elemen-elemen tipikal dan cliche seperti mana yang terlihat dari filem-filem superhero yang lain. Realisme dilihat lebih nyata. Apatah lagi, penggunaan CGI yang minimal membantu kita fokus kepada perjalanan ketiga-tiga watak ini dan bukannya terpukau dengan gemilau spectacle.

Seperti mana yang dilihat dalam trailer, action sequencenya memang dijana dengan cemerlang dan ada sedikit gore (tapi tak lah gore mana pun pada saya. Haha).

Sebagai sebuah penutup dalam trilogi Wolverine, ia sajian yang memuaskan dan kita boleh lah berpuas hati dengannya. Rasa ‘raw’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s