The Greatest Love of All Time (1978) – Walerian Borowczyk

walerian-borowczyk-1

Walerian Borowczyk (sebutan dia, bo-ROV-chick) memang dikenang sebagai ejen provokator. Filem-filemnya seringkali mengandungi imej-imej eksplisit, erotik dan surreal. Yang menginspirasikan pengarah-pengarah filem terkemudian seperti Terry Gilliam dan Jan Svankmajer.

“If Franz Kafka and the filmmaker Luis Buñuel were cross-pollinated, the result would be Mr. Borowczyk.”

Ada filem animasi seperti Renaissance (1963), Mr. and Mrs. Kabal’s Theater (1967) dan filem penuh seperti Goto Island of Love (1968), Immoral Tales (1974) – kegemaran peribadi, dan The Beast (1975).

Kalau minat filem-filem Oshima dan Tinto Brass, boleh la tonton. Tapi berbeza dengan kedua pengarah di atas yang mempolitikkan seksualiti, Walerian Borowczyk tak ambik pusing pasal tu pun meskipun ada antara filem beliau yang papar masyarakat dekaden ala The Idiots (1998) Lars Von Trier.

Koleksi filmografi yang menarik kalau nak bincang tentang sempadan antara seni dan kelucahan.

By the way, filem dokumentari ini durasinya pendek saja. 9 minit dokumentari tentang pelukis surrealis erotik Serbia, Popovic Ljuba. Handheld syot dengan iringan musik Wagner. Di dalam dokumentari ini, mungkin yang menjadi perhatian Walerian Borowcyzk adalah kesamaan tema di antara kerja-kerja seni yang dilakukan Popovic dengan filem-filem beliau. Popovic Ljuba adalah seorang pelukis yang banyak dipengaruhi dengan seni Baroque dan surrealisme. Uniknya dokumentari ini berbanding yang lain apabila penonton tak diberikan sebarang maklumat ataupun biografi tentang Popovic – yang mana merupakan gaya konvesional filem-filem dokumentari yang sudah kita sedia maklum. Yang ada hanyalah babak dan momen-momen kehidupan Popovic dan kerja-kerja melukisnya.

Objek-objek keseharian ditangkap di dalam lensa Borowczyk seperti kotak mancis, kanvas lukisan dan foto monokrom memberikan seimbas realiti ke dalam kehidupan seorang pelukis.

 “The greatest love of all time combine all contradictions: beauty and horror, fear and curiosity. Hence the inner tension in Lubja’s art. He has a penetrating vision of the universe. Convulsive swirling intensities, sudden pulsions towards instinct’s reality.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s