Les Gouffres/The Sinkholes (2012)

121226

Les Gouffres/The Sinkholes (2012) | Antoine Barraud

Agaknya bagaimana seorang isteri menunggu suatu hal yang tidak pasti? Misalnya menunggu suaminya yang berada tujuh kaki bawah tanah dan sedang mengkaji lubang runtuhan pasca gempa bumi?

France (Nathalie Boutefeu) adalah isteri Georges. Seorang pelakon yang sedang siap siaga untuk pementasan lakonannya yang terbaru. Suaminya, Georges (Mathieu Amalric) barangkali seorang ahli geologis. Di antara mereka berdua, ada kemesraan yang terjalin. Itu sahaja yang menjelaskan hubungan mereka melalui beberapa minit babak intim. Tidak cukup kuat untuk menerangkan bagaimana France kemudiannya paranoid dan murung.

Murung. Paranoid.

Setelah lama tidak mendengar berita dari suaminya, France anehnya menemui lubang runtuhan di bawah katil kamar. Di sinilah, setidak-tidaknya filem ini mulai menarik. Tiga puluh minit awal yang realis bertukar menjadi satu pengalaman peribadi yang surreal buat France. Les Gouffres boleh kita fahami sebagai sebuah mindscape ataupun potret seorang isteri yang mengalami kemurungan secara literal dan metaforikalnya.

Kembara Frances ke dunia bawah tanah – terserempak dengan sekumpulan lelaki bogel yang menawarkan jalan untuk menemui suaminya –  menyelam ke dalam tasik – namun akhirnya ketakutan Frances memaksa beliau kembali ke kamar merupakan satu babak panjang yang surreal dan intens – Apatah lagi ia disunting laju sambil diiringi muzik latar yang operatik.  Memberikan kesan klaustrofobik.

Frances jatuh ke dalam lubang kegelapan. Kita tak pasti samada ia realiti atau imaginasi.

Akhirnya, Georges pulang ke pangkuan dan France sedikit terkejut. Beritahu George pada France, ada tasik kecil di bawah lubang runtuhan tersebut. Sama seperti apa yang disaksikan sang isteri. Disyaki France mengalami gangguan psikologi.

Ada sedikit kekurangan pada filem ini. Selain daripada ketidakjelasan naratif filem, kurangnya pengenalan kepada latar belakang watak sedikit sebanyak menganggu pemahaman kita selaku penonton.

Walau bagaimanapun, saya suka adegan akhirnya. Di mana France tidak mampu meneruskan lakonannya yang memerlukan kawalan emosi seterusnya meninggalkan set. Syot akhir, beliau memandang kamera.

“It’s the lake” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s