Golden Dreams (1981)

220px-sogni_d27oro_281981_film29

Golden Dreams (1981) | Nanni Moretti | Itali

Menonton filem ini mengingatkan saya pada watak seorang pengarah tempatan yang asyik mengomel di media sosial miliknya. Bitter old man, bak kata orang putih.

Beruntung kita hanya melihat watak begini pada lakonan Nanni Moretti sewaktu beliau masih muda. Atau tepatnya pada tiga filem terawal beliau, I Am Self Sufficient (1976), Ecce Bombo (1978) dan Golden Dreams (1981).

Filem drama komedi ini sendiri mengisahkan tentang Michele Apicella lakonan Morreti sendiri, seorang pembikin filem muda yang sedang melakukan lecture tour sempena sesi tayangan filemnya di samping menyiapkan skrip filemnya yang terbaharu, Freud’s Mother. Sepanjang proses tersebut, Michele berhadapan dengan pelbagai kerenah baik dari ibu yang tinggal bersamanya, pengkritik filem, dan peminat.

Dibuka dengan syot belakang Michele (yang memberi petanda buruk?) beliau bertanyakan kepada pengacara majlis adakah filem beliau akan ditayangkan di skrin putih yang kotor itu. Kemudian, sepanjang lecture tour tersebut, Michele berdepan dengan pelbagai kritikan yang didakwa penonton dan pengkritik. Antaranya, adakah filem beliau benar-benar satu representasi kepada golongan muda di Itali pada waktu itu, tuduhan seorang pengkritik mengenai tanggungjawab sosial filem beliau seperti relevannya terhadap “buruh dari Basilicata, gembala biri-biri dari Abruzzo, dan suri rumah dari Treviso” (yang secara surrealnya dijawab oleh Michele sewaktu salah satu sesi tayangan filem beliau).

Babak-babak seterusnya memperlihatkan karakter Michele – seorang pengarah filem yang panas baran, kuat melenting, dan perasan dirinya sahaja yang betul dalam menyiapkan filem beliau yang terbaharu. Maka tidak hairan lah ada pengkritik mengatakan yang Nanni Moretti ini adalah Italian Woody Allen versi marah-marah (angry young man).

Pada saya, angry young man di sini bukanlah merujuk kepada watak Michele itu semata-mata, tapi pada saya, watak itu dan cerita yang wujud di dalam tiga filem terawal Nanni Moretti ni adalah kesan saki-baki daripada gerakan pelajar Mei 1968 yang berlaku di Perancis. Di sana, pengarah filem muda dari French New Wave seperti Godard dan Truffaut turut berdemonstrasi membantah kezaliman rejim Gaulle.

Filem ini sendiri tidak lah berapa mengujakan. Ia menarik kalau kita fahami hubungan di antara dua naratif utama filem ini yang secara umumnya terbahagi kepada dua – yang pertama struggle Michele untuk menyiapkan filemnya yang terbaru dan yang kedua, dunia mimpinya (simbol beban emosi Michele dalam proses pengkaryaan filem beliau). 

Nasib baik babak penamatnya menyimpulkan pergelutan rasa Michele. Ia bagi katarsis pada hidup Michele dan filem ini.

Meskipun dalam bentuk yang paling hodoh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s